Monday, 12 December 2011

Kepentingan Menghayati Doa Iftitah

Doa Iftitah merupakan antara Sunat Haiah yang terdapat dalam solat Fardu dan solat Sunat. Walaupun jika kita meninggalkannya  tidak disunatkan sujud sahwi tetapi mambacaanya amatlah digalakkan bagi menghadirkan hati ketika solat. Bacaan doa ini juga boleh dianggapkan juga sebagai satu ikrar AKUJANJI kita kepada Allah SWT. Di dalamnya kita bertakbir, bertahmid serta bertasbih. Tidak ketinggalan juga kita turut membuat pengakuan di dalamnya bahawa " sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah semata-mata tuhan bagi sekalian alam". Kita perlu ingat dan fahamkan betul-betul bahawa ucapan ini adalah sunat tetapi beramal dengannya adalah wajib.

No comments:

Post a Comment